Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak. Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.
Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.
Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.
Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.
Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.
Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment