Wednesday, July 28, 2010

Ramai yang tak perasan SYIRIK.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pemb ina annya adalah haram..... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik
maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi.... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2,
berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di
mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik....Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan
dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. .. Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri .

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)


Read More

Tuesday, July 27, 2010

ulasan 3 in 1..sumber Bernama.

Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana
ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.

"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24.

Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat.

"Tetapi ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran telah beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dulu tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa," katanya.

Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya.

Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.

"Memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam," katanya.

- Bernama


Read More

Friday, July 23, 2010


apa nak jadi ngan makcik nie...yang ni judi halal kot??..ada lesen ni...


Read More

Thursday, July 22, 2010

pokok beracun-


Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam


Read More

Wednesday, July 21, 2010

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaalam. _,
sumber:web PPIM.

sharing is caring.


Read More

Sunday, July 18, 2010


takziah di ucapkan kepada ayahanda tan sri munir majid(MAS chairman),semoga roh ayahandanya di cucuri rahmat.amin..AL FATIHAH.


Read More

Saturday, July 17, 2010


Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendak


Read More

Friday, July 16, 2010

barang naik x kena masa..


Barang naik: 'Tak kena masa'
Masyarakat menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kenaikan harga barang "5 dalam 1" semalam, termasuk ramai yang belum terasa kesannya dan sebahagian lagi menganggap ia dibuat tidak kena pada masanya.

Dalam temubual semalan, kesemua responden di sekitar Bangsar mengaku terkejut dengan langkah mengejut kerajaan itu tetapi beranggapan kehidupan mereka sekarang tidak terjejas.

"Kenaikan lima sen harga petrol bukan beban besar pada orang awam sekarang," kata seorang pegawai kerajaan Hasnulhasi Yasin, 33.

Pengedar minuman Mohd Sofian dan pemilik restoren Mohd Iqbal menegaskan walaupun harga gula naik, harga barang-barang lain akan kekal sama.

"Saya tak rugi akibat kenaikan harga gula. Tetapi keuntungan mungkin kurang sedikit," kata Mohd Iqbal.

Bagaimanapun, ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana ia tidak kena pada masanya.

"Harga naik kerana keranaan terlalu selesa sekarang, tetapi sekarang bila keadaan bertukar kepada paling buruk, mereka akan turunkan harganya kembali, kata pelajar berumur 22 tahun Vivekananda Sukumaran.
-malaysiakini-


Read More


enasihat kerajaan British mengakui bahawa peperangan di Afghanistan adalah untuk mengelakkan berdirinya Khilafah.

Ahad 16 Mei 2010

London, Britain, 16 Mei 2010 – Bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010, seorang Jeneral bersara tentera British membuat pengakuan bahawa peperangan di Afghanistan adalah peperangan terhadap Islam.

Apabila ditanya tentang penglibatan Britain ke atas penjajahan di Afghanistan, beliau mengatakan bahawa “Sekiranya terdapat agenda Islam yang tidak dihalang di selatan Afghanistan, di Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”.

Taji Mustafa, wakil jurucakap media Hizbut Tahrir Britain berkata, “General Dannatt, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Cameron, mempunyai rekod lama dalam menyerang sistem pemerintahan Islam, iaitu Khilafah. Walau bagaimanapun, dialog dengan BBC mempunyai makna yang lebih terperinci”.

“Beliau secara terperincinya mengatakan bahawa sekiranya umat Islam melaksanakan idea politik mereka dan sistem pemerintahan Khilafah, ini tidak boleh diterima dan memerlukan tindakan ketenteraan dari Britain. Beliau tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap umat Islam untuk mengamalkan amalan ibadat (seperti solat dan puasa), selagi umat Islam terus mengamalkan sistem politik ciptaan Barat. Beliau cuba membuat justifikasi dengan melabelkan Islam sebagai suatu agama dan bukan Deen, atau suatu cara hidup yang juga merangkumi sistem politik”.

“Komen tersebut adalah lanjutan daripada komen para penjenayah perang seperti Tony Blair, George W Bush and Donald Rumsfeld – yang mana kesemua mereka membuat justifikasi perang menentang keganasan dengan menghalang berdirinya Khilafah Islam – suatu yang telah semakin popular di kalangan umat Islam di seluruh dunia”.

“Kalau kenyataan Dannatt mencerminkan pandangan rasmi kerajaan British yang baru ini, ini bermakna bahawa kerajaan David Cameron berada di dalam kancah peperangan yang berterusan terhadap aspirasi politik umat Islam seluruh dunia – yang mahukan peranan yang lebih besar untuk Islam di dalam sistem pemerintahan dan memecahkan segala belenggu penjajahan negara Barat ke atas umat Islam, yang kedua-duanya merupakan suatu yang dapat dipenuhi dengan kembalinya Khilafah untuk umat Islam”.

Sumber: www.mykhilafah.com


Read More


adoiiii...sakit gigi nih...x boleh nak tulis apa dah...


Read More

Thursday, July 15, 2010

Islam dan Sains: Sains Wuduk oleh Dr. Danial

Islam dan Sains
Sains Wuduk
Oleh
Danial Zainal Abidin

http://falah.fotopages.com/

SECARA dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Berhubung dengan anggota ­anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,

"Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua­ dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali."

Selain anggota yang wajib ini, ada juga anggota lain yang sunat dibasuh air semasa berwuduk. Dalam sebuah hadis sahih, Humran melaporkan bahawa, "Uthman bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air untuk mengambil wuduk, lalu dia pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua-dua tapak tangannya tiga Kali, kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga Kali, membasuh tiga Kali tangan kanannya dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh tiga Kali kaki kanannya meliputi buku lali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Sesudah itu dia (Uthman bin Affan) berkata, 'Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini'." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhad dan Muslim. Hadis ini menceritakan berkenaan cara berwuduk yang sempuma sebagaimana yang pemah dilakukan oleh Nabi.

Di samping itu, semasa berwuduk anggota ­anggota badan yang berkenaan hendaklah diusap dan digosok dengan tangan. Antara hadis yang menjelaskan berkenaan keadaan ini ialah sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi yang bermaksud, "Apabila kamu berwuduk maka gosok ­gosoklah antara jari tanganmu dan kakimu." Dalam dwayat yang lain oleh Daraqutni, sahabat Uthman bin Affan berkata, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu cara berwuduk Rasulullah? Lalu dia membasuh mukanya dan tangannya sehingga dia menyentuh hujung lengannya, kemudian dia menyapu kepalanya, kemudian dia mengusap kedua-dua telinganya dan juga janggutnya dan kemudian membasuh kakinya."

Berwuduk mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Dalam artikel bertajuk Muslims Rituals and their Effect on the Person's Health (lbadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang) oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi Perubatan Daghestan State, melaporkan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenal sebagai "Kawasan Aktif Biologi" (Biological Active Spots).

Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji berkenaan ilmu sains refleksologi. Orang Cina meyakini sekiranya "Kawasan Aktif Biologi" dirangsang, ia akan merangsang sistem saraf dalam badan. Hal ini sekali gus memberikan kesan positif terhadap kesihatan seseorang.

Menurut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberikan kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama umat Islam. Lagi lima berada di kawasan di antara buku lali dan lutut, iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, "Antara kamu sesiapa yang mampu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya." Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa


Read More

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika
anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada
lagi peluang kedua...


Read More

Wednesday, July 14, 2010

langkah pertama.


salam,

langkah pertama,

pelbagai maksud dapat di huraikan dari perkataan ini...

langkah pertama aku,
menulis blog,
mencari sumber pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan,
melontarkan apa yg bermain di fikiran,
menukar apa yg negatif kepada positif.
inlah yang di katakan langkah pertama,
akan lagi aku tuliskan nanti serba sedikit tentang diri aku..jumpa lagi..


Read More